Friday, 23 December 2016

Memories

 When looking back to the past, Cat just realized that most of the days were painted in grey and it was a surprise to see that Cat has passed most of the tests. 

Masa kejadian tu, cat bukan darjah 2, tapi darjah 4 dan sepupu cat darjah 5. Sebulan setengah cat tak pergi sekolah sebab cat tak boleh berjalan. Doctor kata  kena pakai tongkat. Kalau ok pun, sure tak boleh jalan macam biasa. Yang kecik hati nya sebab tak de orang pun datang tanya khabar, kecuali orang2 tua. Start time ni, cat mula rapat ngan ayah. 

Ayah cat memang garang sesangat. Tapi selama sebulan tu, dia yang ajar cat English, matematik, agama islam dan sejarah. Dan setiap 2 hari sekali, dia yang bawak cat jumpa segala macam doktor, dukun, tabib untuk berubat/urut. Sakit tak terhingga. Macam macam cara just untuk lihat cat jalan semula. Malam malam, bila dia ingat cat dah tidur, dia bacakan selawat dan doa supaya cat sembuh. Guess, time tu cat aje lah anak perempuan dia.

Last sekali, kami pergi ke tabib cina, pakar sakit tulang dan urat. Dia urut dan bagi ubat yang kuat sangat bau dia dalam botol kaca warna merah. Time tu, cat dah berazam untuk jalan semula. Cat nak lari. Cat memang bukan atlit, masuk sukan memang gerenti kalah. Tapi cat memang suka berlari. Hari hari lepas emak urut kaki cat dan balut dengan bandage, cat berlatih berjalan sendiri dengan tongkat. Entah berapa kali jatuh, entah berapa kali nangis. Setiap tapak macam kaki pijak kaca..sakit. Orang kata semua nya kat fikiran. Kalau kita rasa kita boleh buat, sure boleh punya. Cakap senang. Otak berhempas pulas paksa kaki untuk melangkah, tapi tak boleh.

Tapi.. alhamdulillah, lepas tu sikit, sikit cat dah boleh jalan tanpa tongkat. Tapi memang kaku gile sebab lutut masih kejang. Berjalan macam robot. Abang abang bukan nak kesian. Dok kutuk adalah. Dia orang suruh cat jalan betul betul. Tuhan aje lah yang tahu macam mana rasa kat hati.

Saat paling mendebarkan bila ayah suruh pergi sekolah semula. Time tu, ayah dah tukarkan cat ke sekolah kampung, sebab dia tau kalau sekolah bandar (SKSAB) sure cat lagi tak tahan. Siapa kata sekolah kat kampung senang? Ceh..susah juga. Sebab ayah cikgu kat situ, tak de siapa berani usik kuat kuat. Tapi bila ayah tak ada, macam macam perkataan cat dengar. Tak payahlah kata apa perkataan tu.. tapi memang perit. Kalau dah tak tahan sangat, pergi le nangis kat tandas. Waktu rehat gi perpustakaan. Sebab sure sayu tengok diaorang main kejar kejar, lari sana sini. 

Sementara tunggu ayah habis kerja, cat berlatih jalan, naik turun tangga sekolah. Nak kasi lutut lebih flexible. Kalah orang berlatih untuk negara. Sampailah hari yang paling cat happy: bila cat boleh berlari. Tak de lah laju mana, cuma jogging je... tapi dah cukup untuk buat cat tersenyum lebar.

Masuk form 1, lepas dengar ucapan berkobar2 dari senior2 waktu rumah Budiman dapat jadi juara, cat masuk kawat. Sumbangkan bakti untuk rumah sukan. Hehehe, ingat lagi asyik kena tegur sebab marching tak betul. 'Tangan kanan kena selari kedepan serentak dengan bila kaki kiri melangkah". Ayat ni sampai mati pun cat akan ingat. Sebab basicnya, berkawad sama macam belajar berjalan juga. Cuma bila tak berkawad, langkah di kecilkan, dan ayunan tangan kena kurangkan. Lepas tu kena denda oleh senior tu sebab cat gelak time tu. :) There are things yang people take for granted, tapi satu pelajaran bagi cat: belajar cara2 berjalan. Then, lepas sekolah, belajar berjalan guna kasut tumit tinggi. Langkah semakin kecil, tapi basic dia stil  sama. Tangan now ni jangan di hayun. Tapi kira dalam hati : kiri, kanan, kiri, kanan, kiri. 
Dan hingga kini, kalau cat ada problem atau ada sesuatu mengganggu fikiran, cat akan berlari. And now baru cat ingat balik kenapa cat suka berlari. :) Sometimes, when you put a memory deep inside your memory, it gets buried deep down that you forgot. But it's still there. If i can do it at that time, surely i can handle anything now.. kan. Learning and finding the answers.. guess this is what they call growing up ..or is it another word for "getting older"? :) Still a long way to travel, cat..

1 comment: